NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Wanita Maut Dalam Kereta Ketika Bercuti, Punca Terhidu Gas Helium

Dua Wanita Maut Dalam Kereta Ketika Bercuti, Punca Terhidu Gas Helium

Dua wanita telah ditemui meninggal dunia di dalam kereta pada Rabu lalu di Jalan Tembikai, Pulau Pinang dan hari ini pihak polis telah mengesahkan bahawa ianya berpunca dari terhidu gas helium.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua keluarga mangsa pada 5 Julai setelah menyedari kehilangan kedua-dua wanita yang berusia 25 dan 30 tahun itu.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Sebuah tong gas helium telah ditemukan di dalam kereta terbabit,” katanya.

Umum mengetahui bahawa gas helium bersifat ringan, tidak berbau, tidak toksik dan tidak mudah terbakar. Walau bagaimanapun, jika dihidu dalam tempoh masa yang lama, ia boleh membawa kepada maut.

Sebelum ini, mayat mereka telah ditemui orang awam dalam keadaan sudah kembung dan berbau busuk di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran taman perumahan di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam.

Selain itu, nombor telefon yang dipercayai adalah milik salah seorang ahli keluarga mereka turut ditemui di atas papan pemuka (dashboard) ketika ditemui.

Kedua-dua mangsa dipercayai merupakan rakan karib yang berasal dari Negeri Sembilan dan datang ke Pulau Pinang untuk bercuti.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy