Tular di media sosial sebuah video berdurasi 30 saat yang memaparkan sebuah kenderaan memandu lawan arus di Jalan Ayer Hitam-Kluang pada 7 Julai lalu dan hari ini polis telah menahan suspek tersebut.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, kejadian terjadi dipercayai pada 6 Julai sekitar jam 5 petang.
Pihak polis kemudiannya menemukan video tersebut di media sosial dan telah memulakan siasatan untuk mencari suspek.
“Bertindak melalui siasatan polis termasuk berdasarkan kamera papan pemuka (dashcam), suspek dikesan sepasukan anggota dari Bahagian Sisatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD), Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat pada jam 3 petang keesokan hari.
“Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun dan kereta dipandunya semasa kejadian. Hasil saringan air kencing mendapatinya negatif dadah.
“Siasatan mendapati suspek mendakwa memandu melawan arus selepas menelan enam jenis ubat dan menyebabkannya mengantuk,” katanya.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.
Sumber : Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?