Seorang wanita nyaris maut apabila telah dihempap oleh beberapa kayu balak ketika menunggu lampu isyarat di Gua Musang pada Selasa lalu. Hasil siasatan pihak polis mendapati pemandu lori tersebut tiada lesen.
Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, saman telah dikeluarkan kepada pemilik lori kerana membenarkan individu yang tiada lesen untuk memandu lori tersebut.
“Hasil siasatan mendapati pemandu berusia 24 tahun terbabit tidak mempunyai lesen. Kami mengeluarkan saman terhadapnya dan juga kepada pemilik lori kerana membenarkan lori miliknya dipandu oleh individu yang tidak mempunyai lesen.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.
Mangsa, Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, kini sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) dan dilaporkan mengalami kecederaan patah bahagian tulang punggung dan tulang rusuk akibat dirempuh kayu balak terbabit.
Sumber : Harian Metro
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?