passionately driven

Wanita Dihempap Kayu Balak, Masih Lagi Ditidurkan

Susulan dari kemalangan yang melibatkan seorang wanita nyaris maut apabila dihempap kayu balak minggu lalu, telah dilaporkan bahawa mangsa masih lagi sedang ditidurkan.

Menurut kakak mangsa, Roslinda Jusoh, 40, keadaan adiknya dalam keadaan stabil namun masih perlu dipantau rapi oleh doktor.

“Dia masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II. Dia ditidurkan sejak dibawa ke hopsital ini bagi menggelakkan terlalu sakit akibat kecederaan dalaman yang dialami,” katanya.

Roslinda turut memaklumkan bahawa ahli keluarganya menyerahkan kepada doktor sepenuhnya untuk melakukan prosedur yang terbaik bagi menyelamatkan adik mereka.

Terdahulu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan patah bahagian tulang punggung dan tulang rusuk akibat dirempuh kayu balak terbabit.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD