Sebanyak 10 buah kenderaan terdiri daripada sebuah treler, lori, kenderaan pacuan empat roda, van dan enam kereta telah kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan selepas susur keluar Semambu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, mangsa terdiri daripada lapan pemandu lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 55 tahun dan semua dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika semua kenderaan terlibat dalam perjalanan dari arah Semambu menghala ke arah Indera Mahkota.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah lori membawa muatan batu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar kereta jenis Perodua Bezza yang berada di lorong kanan dan treler di lorong kiri,” katanya.
Akibat dari rempuhan itu, Perodua Bezza telah melanggar kenderaan lain yang berada di hadapan. Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, kesemua kenderaan mengalami kerosakan yang agak besar.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.
Sumber : Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?