NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) Akan Mula Dibina pada Tahun Ini

Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) Akan Mula Dibina pada Tahun Ini

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) dari Gopeng ke Kuala Kangsar akan bermula pada tahun ini selepas perjanjian konsesi selesai ditandatangani.

Memetik dari laporan Bernama, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan pihak WISE sedang mencari tarikh yang sesuai untuk menandatangani perjanjian konsesi tersebut.

Untuk makluman, kerajaan persekutuan telah meluluskan untuk membina satu lebuhraya (WISE) sepanjang 60 km dari Gopeng ke Kuala Kangsar pada Disember 2023. Dengan pembinaan lebuhraya WISE ini, ia akan dapat memintas aliran trafik yang selalu sesak di laluan Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

“Jika tersangkut akibat kemalangan dalam terowong atau di bawah (jalan utama), orang ramai tidak mempunyai pilihan. Tetapi dengan WISE, mereka boleh keluar di Kuala Kangsar dan terus ke Gopeng (untuk terus ke PLUS), atau keluar di Changkat Jering dan mengambil Lebuhraya Pantai Barat,” jelasnya.

 

Sumber : Bernama

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy