passionately driven

Nahas Empat Buah Kenderaan – 2 Maut, 5 Cedera

Sebuah kemalangan yang melibatkan 4 buah kenderaan di Kilometer 41, Jalan Beaufort-Menumbok, telah menyebabkan 2 maut manakala 5 lagi cedera semalam.

Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun dan seorang penunggang motosikal berusia 18 tahun telah dilaporkan maut dalam kemalangan sekitar jam 3.27 petang itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Ismail Abdullah, kemalangan melibatkan dua motosikal, sebuah kereta jenis Honda City dan lori berhampiran kawasan persimpangan Jalan Kilugus Tangulian.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku semasa lori dan sebuah kereta bersama tiga penumpang dalam perjalanan dari arah Beaufort menuju ke Menumbok manakala dua motosikal dan seorang pembonceng dari arah Menumbok menuju ke Beaufort.

“Ketika tiba di persimpangan Jalan Kilugus Tangulian, lori tersebut tiba-tiba memperlahankan kenderaan dan cuba masuk ke simpang di sebelah kanan jalan manakala kereta yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian belakang kanan lori tersebut,” katanya.

Akibat kejadian itu kereta tersebut terbalik dan melanggar dua motosikal yang datang dari arah bertentangan, tambah beliau.

“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan manakala tujuh mangsa yang terlibat telah dibawa ke Hospital Kuala Penyu untuk menerima rawatan lanjut.

“Dua daripadanya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Penyu,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD