NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seorang Lelaki Maut, Nahas Kemalangan 2 Buah Lori

Seorang Lelaki Maut, Nahas Kemalangan 2 Buah Lori

Seorang pemandu lori maut selepas lori miliknya melanggar sebuah lagi lori di Kilometer 62.4 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor, kemalangan tersebut terjadi sekitar jam 3 pagi dan melibatkan lori jenis Volvo dan Mercedes-Benz.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua lori berkenaan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru. Tiba di tempat kejadian, lori Volvo yang berada di hadapan lori Mercedes-Benz telah brek dan perlahankan kenderaannya kerana lalu lintas sesak.

“Tiba-tiba lori Mercedes-Benz tidak sempat untuk brek kerana jarak terlalu dekat lalu melanggar belakang lori Volvo tersebut,” katanya.

Akibat dari perlanggaran tersebut, pemandu lori Mercedes-Benz yang dikenali sebagai Mohd Faizal Khalid, 41, dilaporkan mengalami kecederaan yang parah di kepala dan badan. Mangsa telah dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 7.30 petang, Selasa, akibat kecederaan yang dialami. Bagaimanapun, pemandu lori Volvo, K Paramasivam, 42, yang beralamat di Taman KTC, Kulim, Kedah tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Punca kemalangan akibat pemandu lori Mercedes Benz tersebut hilang kawalan dan terlanggar belakang lori Volvo. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy