NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pembuat Kerusi Terkenal, Recaro Automotive Fail Muflis – 215 Pekerja Terjejas

Pembuat Kerusi Terkenal, Recaro Automotive Fail Muflis – 215 Pekerja Terjejas

Satu lagi syarikat automotif menghadapi kebankrapan dan kali ini ia adalah pembuat kerusi terkenal, Recaro Automotive. Menurut laporan dari Autobild, syarikat ini telah memfailkan kebankrapan di Jerman pada minggu ini.

Recaro adalah nama yang agak popular dalam pembuatan kerusi kereta, terkenal dengan kerusi aftermarket mereka dan sebagai pembekal kepada pengeluar utama seperti Ford, Honda dan BMW. Selain itu, kereta sukan (sportscar) juga banyak menggunakan kerusi buatan Recaro.

Recaro mempunyai beberapa bahagian perniagaan iaitu Recaro Automotive, Recaro Aircraft Seating, Recaro Child Safety dan Recaro Gaming. Empat tahun yang lalu, bahagian automotif telah dibeli oleh Raven Acquisitions LLC, sebuah firma pelaburan swasta. Menariknya, nama “Raven,” seekor burung yang sering dikaitkan dengan kematian, kelihatan sesuai dengan situasi syarikat sekarang.

Pemfailan kebankrapan itu mengejutkan pekerja Recaro Automotive, yang telah menangguhkan atau menyerahkan gaji mereka selama bertahun-tahun untuk membantu menstabilkan kewangan syarikat.

Tidak pasti bagaimana kebankrapan ini akan memberi kesan kepada 215 pekerja Recaro Automotive, tetapi pemberhentian kerja secara besar-besaran dijangka akan berlaku.

 

Sumber : MotorTrend

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy