Untuk mendapatkan lesen B penuh, pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 lebih 10 tahun layak menyertai program peralihan khas mulai 1 Oktober tahun ini.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, beberapa syarat telah ditetapkan antaranya adalah menghadiri dan lulus program peralihan khas tersebut serta penyeseuaian motosikal berkuasa 500cc ke atas di Institut Memandu (IM).
Caj perkhidmatan sebanyak RM160 akan dikenakan kepada setiap calon untuk menampung kos operasi terlibat.
“Pemohon perlu menjalani program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa tinggi untuk tempoh dua jam.
“Melalui program tersebut, pemohon mesti mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh ‘Qualified Training Officer’ (QTO) di IM.
“Pengesahan ini amat penting bagi memastikan tahap kompetensi dan keupayaan seseorang untuk mengendalikan motosikal berkuasa tinggi demi meningkatkan tahap keselamatan pemanduan individu terbabit,” katanya.
Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini sedang berada dalam fasa terakhir untuk mempersiapkan pengenalan program peralihan khas ini kepada orang ramai. Ini termasuk dengan pelaksanaan semua sistem dan penyelarasan dengan pihak Institut Memandu.
Menurutnya lagi, program peralihan kas tersebut tidak mempunyai tempoh masa tamat dan akan diteruskan sehingga diberitahu kelak. Selain itu, bagi LMM kelas B1 akan digabungkan dengan kelas B kerana permintaan yang rendah untuk mendapatkan lesen tersebut setiap tahun.
Mulai 1 Oktober, tiada lagi program LMM kelas B1 di Institut Memandu dan akan digantikan dengan program peralihan khas ini kepada orang ramai.
“Dengan mendapatkan LMM motosikal kelas B, individu layak memandu semua kuasa cc motosikal dan tidak terhad kepada 499cc ke bawah bagi kelas B1.
“Bagi pemegang lesen B1 sedia ada, mereka akan kekal di kategori berkenaan atau boleh menjalani program khas bagi mendapatkan kelas B sekiranya memenuhi syarat ditetapkan,” ujarnya.
Sumber : Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?