Video Tular: Dua Mat Rempit Maut Akibat Lumba Jalanan di Klang

Sebuah video telah tular di media sosial di mana sekumpulan mat rempit sedang berlumba antara satu sama lain dan melakukan aksi tunggangan secara laju dan merbahaya di Persiaran Raja Muda Musa, Klang. Lebih parah apabila dua individu maut dalam aksi lumba jalanan itu yang membabitkan empat buah motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP, Cha Hoong Fong, insiden berlaku apabila beberapa kumpulan mat rempit melakukan aksi tunggangan secara laju dan berbahaya di sepanjang jalan dari Kompleks Sukan Pandamaran ke Pelabuhan Klang sebelum berpatah balik serta membuat beberapa pusingan.

“Salah sebuah motosikal telah terbabas di atas jalan raya lalu dirempuh oleh beberapa motosikal dari kumpulan yang lain. Susulan itu, dua daripada penunggang, masing-masing berusia 16 dan 21 tahun yang terlibat dalam kemalangan itu telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi dibawa ke hospital,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai info atau maklumat diminta untuk tampil bagi membantu siasatan. Cha menasihatkan para ibu-bapa untuk memantau aktiviti anak-anak agar tidak terjebak dengan kegiatan lumba haram yang merbahaya ini.

 

Sumber : Bernama

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD