Satu kaedah penipuan baru telah dikesan dalam satu video yang sedang tular di Facebook. Video tersebut, yang berkemungkinan daripada kamera aksi 360 darjah yang dipasang pada motosikal berdaftar Singapura, menunjukkan satu insiden mencurigakan.
Video berdurasi 45 saat itu bermula dengan motosikal yang membawa kamera meninggalkan pusat pemeriksaan dan melepasi beberapa penunggang motosikal Malaysia di tepi jalan. Kamera tersebut menunjukkan pandangan belakang, dan menunjukkan sebuah motosikal Yamaha 135 LC memotong dengan sangat dekat di sebelah kanan dan bersentuhan dengan kamera motosikal.
Sebelum kedua-dua motosikal tersebut dapat berhenti, seorang lagi penunggang motosikal berdaftar Malaysia tiba dengan skuter di sebelah kiri. Ketiga-tiga penunggang motosikal tersebut berhenti dan penunggang Yamaha dan skuter tersebut menyerang dan menuduh penunggang motosikal Singapura melanggar mereka.
Kedua-dua penunggang motosikal Malaysia itu beredar selepas diberitahu terdapat bukti video mengenai insiden tersebut yang telah dirakam oleh penunggang motosikal Singapura terbabit.
Ini jelas menunjukkan bahawa pemasangan kamera sangat penting untuk mengelakkan dari ditipu atau dianiaya seperti kejadian di atas. Penipuan seperti ini juga telah banyak berleluasa di mana mereka sanggup menanggung risiko kecederaan untuk menipu pengguna jalan raya. Oleh itu, dinasihatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk memasang kamera dashcam di kereta atau menggunakan kamera aksi 360 darjah ini bagi penunggang motosikal.