Kementerian Kewangan (MOF) semalam telah mengumumkan harga terkini bagi diesel di Semenanjung iaitu turun 5 sen kepada RM3.30 seliter bermula hari ini, 8 Ogos sehingga 14 Ogos. Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan masih kekal iaitu RM2.15 seliter. Penurunan harga minyak ini selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.
Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 juga masih dikekalkan kepada RM2.05 seliter dan RM3.47 seliter. Kerajaan akan terus memantau secara aktif pasaran minyak di dunia dan mengambil langkah yang bijak untuk menjaga kebajikan rakyat, ujar MOF.
Sumber : Bernama