Sebuah treler telah terbabas lalu terbakar berhampiran Plaza Tol Jalan Duta semalam dan pemandunya dilaporkan cedera parah di tangan dan bahagian kepala.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, mereka menerima panggilan telefon sekitar jam 12.03 tengahari semalam dan seramai 9 anggota serta 2 jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk misi menyelamat.
“Tiba di lokasi terdapat sebuah treler terbabas dan terbakar di bahagian hadapan dianggarkan 50 peratus, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada 1.48 tengah hari tadi,” menurut kenyataan JBPM itu.
Pemandu treler tersebut yang berusia 30-an cedera parah di tangan dan bahagian kepala, telah diberikan rawatan segera di lokasi kejadian lalu dikejarkan ke hospital untuk rawatan susulan.
Susulan dari kemalangan tersebut, kesesakan sepanjang 1.3 kilometer dilaporkan sehingga ke Lebuhraya Duta Hulu Klang bagi kerja-kerja pengalihan treler tersebut. Punca kejadian masih dalam siasatan.
Sumber : Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh