JPJ Perincikan Sistem, Penyelarasan Peralihan Lesen B1, B2 kepada B

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang memperincikan sistem dan penyelarasan proses bagi program peralihan khas yang perlu dijalani pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2, sebelum mendapatkan LMM kelas B (motosikal berkuasa tinggi).

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, pihak JPJ sedang meneliti perkara berkenaan sebelum diumumkan dalam masa terdekat. Untuk makluman, program peralihan khas ini tidak akan diberikan secara automatik dan pemohon perlu menjalani latihan selama dua jam sebelum menduduki ujian amali di Institut Memandu.

“Kerajaan sudah menetapkan syarat untuk menyertai program ini iaitu individu terbabit telah memegang LMM kelas B1 atau B2 melebihi tempoh 10 tahun, tiada saman dan tidak mempunyai senarai hitam (kesalahan JPJ).

“Masih ada ujian amali iaitu mereka perlu menunggang motosikal lebih 500cc dan penilaian serta kelulusan daripada pegawai JPJ bagi menentukan mereka (penunggang) ini layak atau tidak (mendapatkan lesen kelas B),” katanya.

Berbanding dengan permohonan LMM Kelas B sebelum ini iaitu bayaran sebanyak RM900 diperlukan untuk dua jam kelas teori dan 9.5 jam latihan di dalam litar, program peralihan khas ini hanya mengenakan bayaran sebanyak RM160 sahaja.

Media sebelum ini melaporkan pengumuman Anthony Loke berkenaan Program Peralihan Khas yang akan bermula pada 1 Oktober ini dan ia terbuka pada orang ramai.

Anthony berkata, dengan mendapatkan LLM kelas B, individu layak memandu semua kuasa (cc) motosikal dan tidak terhad kepada motosikal berkuasa 499cc ke bawah sahaja bagi kelas B1.

 

Sumber : Sinar Harian 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD