passionately driven

21 Jalan Utama di Putrajaya Ditutup Sempena Raptai Hari Kebangsaan – 6 Jam Setiap Hari, Bermula 27-31 Ogos

Sebanyak 21 jalan utama di sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari mulai 27 Ogos untuk sesi latihan sambutan Hari Kebangsaan.

Jalan-jalan tersebut akan ditutup dari jam 5 pagi hingga 11 pagi setiap hari sehingga 29 Ogos, termasuk Laman Perdana, Lebuh Wawasan dan Lebuh Bestari (menghala ke Jalan Tun Abdul Razak), Jalan P2K, Jalan Pembangunan, Jalan P3C, Jalan P3F, Jalan P4B dan Lingkaran Gemilang 1 (menghala ke Persiaran Perdana).

Pada 30 dan 31 Ogos, 10 lagi jalan utama di sekitar Putrajaya akan ditutup dari jam 7 malam sehingga sambutan Hari Kebangsaan selesai.

Jalan-jalan tersebut termasuk Persiaran Barat dan Lebuh Sentosa (menghala ke Lebuh Saujana), Lebuh Sentosa dan Jalan Presint 8 (menghala ke Lebuh Wawasan), Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menghala ke Laman Perdana, Jalan Presint 18 (menghala ke Lebuh Bestari), Jalan Presint 18, Lebuh Setia dan Lebuh Saujana (menghala ke Jalan Tun Hussein) serta Jalan Presint 5 (menghala ke Lebuh Gemilang Perdana).

Pemandu di kawasan sekitar dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan untuk perjalanan yang lancar dan selamat.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD