NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Penganjuran MotoGP Malaysia Bakal Dilanjutkan Sehingga Tahun 2026 di Litar Sepang?

Penganjuran MotoGP Malaysia Bakal Dilanjutkan Sehingga Tahun 2026 di Litar Sepang?

Litar Sepang Antarabangsa Petronas telah mendapat kebenaran untuk melanjutkan kontraknya sebagai tuan rumah MotoGP Malaysia sehingga tahun 2026. Perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, semasa sidang media mengenai MotoGP 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 3 November.

Kontrak penganjuran MotoGP untuk Malaysia dijadualkan akan tamat pada tahun ini, dan kebenaran telah diterima oleh SIC daripada kerajaan untuk melanjutkan tempoh kontrak tersebut. Menurut Shafriman, kontrak dengan pemegang hak MotoGP, Liberty Media, adalah dari tahun 2022 hingga 2024, dengan pilihan untuk dilanjutkan hingga 2026.

“Fasa pertama kontrak penganjuran adalah dari 2022 hingga 2024. Walau bagaimanapun, kami belum menerima sebarang pemberitahuan rasmi daripada Liberty Media walaupun kerajaan (Malaysia) telah memberi lampu hijau,” tambahnya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy