NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lelaki Ditemui Lemas Selepas Lori Terhumban Masuk ke Dalam Laut

Lelaki Ditemui Lemas Selepas Lori Terhumban Masuk ke Dalam Laut

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut akibat kemalangan bersama sebuah lori (haulier) di dermaga Pelabuhan Barat, Klang tengah hari semalam telah ditemui lemas sekitar jam 5 petang semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, mangsa merupakan seorang warga tempatan yang dikenali sebagai Mohd Hafiz Abdul Salam, 24, dan bekerja sebagai ‘terminal tractor operator’. Mangsa ditemui pada jarak 20 meter dari lokasi kejadian pada kedalaman 13 meter.

“Mayat mangsa kemudian dibawa naik ke daratan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Berdasarkan saksi kejadian, lori berkenaan yang sedang parkir di tepi tiba-tiba laju seterusnya melanggar penghadang sebelum terjatuh ke dalam laut.

Terdahulu media melaporkan JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada 12.42 tengah hari.

Susulan itu empat pegawai dan anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Indah digerakkan ke lokasi kejadian dengan dibantu 13 anggota Bomba Westport dan tiga anggota BBP Shah Alam bersama sebuah bot.

Operasi mencari dan menyelamat turut melibatkan empat anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Pelabuhan Klang.

 

Sumber : BuletinTV3

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy