Dalam kejadian itu, nenek mangsa dipercayai keluar seketika untuk membeli pisang goreng, namun apabila kembali ke kenderaan, dia mendapati cucunya masih berada di dalam kereta yang telah berkunci.
Lebih membimbangkan, pelbagai usaha dilakukan bagi mengejutkan kanak-kanak terbabit termasuk mengetuk cermin dan menggoyangkan kenderaan selama hampir 30 minit, namun mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas kerana sedang nyenyak tidur.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.48 petang sebelum sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi.
Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berada di dalam sebuah Honda Jazz yang berkunci.
“Pasukan bomba berjaya membuka pintu kenderaan dalam tempoh kira-kira seminit sebelum mengeluarkan mangsa. Kanak-kanak itu didapati berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.
Siasatan awal mendapati nenek mangsa mempunyai kebiasaan mengunci pintu kereta sebelum cucunya membuka semula kunci dari dalam.
Bagaimanapun, pada hari kejadian, kanak-kanak berkenaan dipercayai tertidur menyebabkan pintu kenderaan kekal berkunci dan usaha neneknya untuk mengejutkannya tidak berjaya.
Insiden itu bagaimanapun berakhir tanpa sebarang kecederaan selepas tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan mangsa.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh