NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Proses Menunggu Lama di Kaunter JPJ, Tambah Baik Perkhidmatan Segera – KSN

Proses Menunggu Lama di Kaunter JPJ, Tambah Baik Perkhidmatan Segera – KSN

Menurut posting Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di akaun Facebook rasmi beliau, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu menambah baik perkhidmatan dengan segera untuk memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

Proses kerja (masa menunggu) agak lama. Justeru, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan Ketua Pengarah JPJ untuk mencari kaedah yang bersesuaian bagi memendekkan masa menunggu.

“Selain itu, ruang menunggu perlu ditambah baik bagi mendapatkan persekitaran yang kondusif dan mesra pelanggan (terdapat kerosakan kerusi dan juga tiada kipas). Saya telah mengarahkan Putrajaya Holdings untuk mengambil tindakan segera dalam minggu ini,” katanya.

Posting tersebut dibuat selepas beliau membuat lawatan mengejut ke ibu pejabat JPJ di cawangan Putrajaya hari ini untuk meninjau operasi dan perkhidmatan yang diberikan selepas waktu tambahan selama satu jam dikuat kuasakan pada 19 Ogos yang lalu.

Tidak dilupakan, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua petugas dan anggota JPJ yang telah berkhidmat dengan cemerlang kepada para pelanggan.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy