NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Sistem ABS Perlu Ada di Semua Motosikal Baharu Atas 150cc Mulai 1 Januari 2025 – TPM Ahmad Zahid

Sistem ABS Perlu Ada di Semua Motosikal Baharu Atas 150cc Mulai 1 Januari 2025 – TPM Ahmad Zahid

Mulai 1 Januari 2025, semua motosikal baharu berkapasiti 150cc ke atas perlu ada Sistem Brek Anti Kunci (ABS). Inisiatif ini dijalankan oleh kerajaan untuk mengurangkan kematian yang melibatkan motosikal, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya yakin inisiatif ini akan mengurangkan kematian pengguna jalan raya di Malaysia dan memberi inspirasi kepada negara ASEAN lain untuk melaksanakan langkah yang sama, menjadikan motosikal lebih selamat di seluruh rantau ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS), tempoh hari.

Turut hadir bersama adalah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, menurut laporan dari Bernama.

ABS boleh mengurangkan risiko kemalangan dan kematian sebanyak 30% dengan menghalang kenderaan daripada tergelincir dan membantu penunggang mengekalkan kawalan. ABS menghalang roda daripada terkunci semasa brek, meningkatkan kestabilan dan kawalan.

“Inisiatif ini memacu industri motosikal ke arah pasaran berorientasikan keselamatan yang memberi manfaat kepada jalan raya,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy