NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Had Laju Dikurangkan kepada 30 km/j di Sekolah, Akan Luaskan ke Kawasan Bandar Lain – Zahid

Had Laju Dikurangkan kepada 30 km/j di Sekolah, Akan Luaskan ke Kawasan Bandar Lain – Zahid

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menurunkan had laju yang telah ditetapkan di sekolah iaitu dari 40 km/j kepada 30 km/j untuk mengatasi masalah kesesakan dan keselamatan jalan raya. Pemasangan palang tertentu dan bonggol sedang diusahakan oleh kerajaaan persekutuan bersama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memperlahankan kenderaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Sekiranya inisiatif ini berjaya mengurangkan kemalangan jalan raya di zon sekolah, kami mungkin mempertimbangkan untuk memperluaskan had laju 30 km/j ke kawasan lain dalam kawasan bandar untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Menurut laporan dari Bernama, keputusan sedang dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet kerana beberapa penyelarasan perlu dibuat dengan beberapa kementerian, termasuk Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pendidikan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

“Jadi kita akan mengambil sedikit masa untuk proses ini, namun saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana beliau berani membuat keputusan itu, yang mungkin tak popular tetapi penting demi keselamatan anak-anak kita di sekolah,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy