Seorang wanita maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat buah kenderaan di kilometer 363.0 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kemalangan itu membabitkan empat buah kenderaan iaitu sebuah lori lima tan, kenderaan jenis Nissan Serena dan dua motosikal.
Difahamkan seramai tujuh mangsa terlibat dalam kemalangan ngeri itu, menurut laporan Mstar.
“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya.
Mangsa telah dibawa ke tempat selamat dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut.
Manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?