NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seekor Gajah Mati Dilanggar Sebuah Treler di Kluang, Johor

Seekor Gajah Mati Dilanggar Sebuah Treler di Kluang, Johor

Seekor gajah jantan mati dilanggar oleh sebuah lori treler di Jalan Sri Timur, Kampung Gajah, Kluang, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Bahrin Mohd Noh berkata pihak polis menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut sekitar jam 10.45 malam semalam. Siasatan mendapati lori treler jenis Volvo tersebut sedang dalam perjalanan menghala ke Kahang Timur, menurut laporan Sinar Harian.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, kenderaan terbabit telah melanggar seekor gajah jantan yang melintas secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan jalan.

“Gajah tersebut maut di lokasi kemalangan akibat kecederaan. Lori trailer berkenaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan, sebelah kiri. Bagaimanapun, pemandu lori treler yang berusia 53 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujar beliau.

Pihak polis telah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tentang kemalangan ini dan bangkai gajah tersebut telah pun dialihkan. Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy