Angin kencang dan hujan lebat telah menimpa negeri Pulau Pinang sejak awal pagi tadi dan puluhan pokok telah dilaporkan tumbang di sekitar Paya Terubong, Relau, Bukit Jambul, Pulau Tikus, Bayan Baru, Tanjung Bungah dan Butterworth.
Seorang wanita dilaporkan selamat selepas kereta jenis Honda Civic yang dipandunya dihempap oleh pokok tumbang di Jalan Siram, Butterworth dan telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, setakat jam 9.50 pagi tadi, sebanyak 13 kes pokok tumbang telah dilaporkan di Pulau Tikus. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa telah dilaporkan atau kecederaan menimpa orang ramai, menurut laporan Sinar Harian.
“Pokok tua besar amat berbahaya dalam kawasan populasi bandar yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda. Pulau Pinang memerlukan konsep bandar hijau selamat tanpa pokok tua besar yang boleh memberi ancaman bahaya kepada manusia dan harta benda,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?