Berikutan ombak setinggi 5 meter melanda perairan Kuala Kedah hari ini, semua operasi feri laluan Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Kedah ke Langkawi terpaksa dihentikan, menurut laporan Sinar Harian.
Menurut Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom, sebanyak 4 trip dari Langkawi ke Kuala Kedah dan 6 trip lagi dari Kuala Kedah ke Langkawi terkesan dalam operasi hari ini.
“Antara pelayaran terkesan dari Langkawi ke Kuala Kedah termasuklah trip jam 10.30 pagi, 12 tengah hari, 1 tengah hari dan 1.30 tengah hari melibatkan 2,134 penumpang.
“Bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi, pelayaran terkesan melibatkan trip jam 9.30 pagi, 10.30 pagi, 11.30 pagi, 12 tengahari, 1.30 tengah hari dan 2.30 petang dengan jumlah penumpang seramai 1,791 orang,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa semua penumpang yang terjejas boleh menuntut bayaran balik atau pun menukar tarikh perjalanan. Feri tambahan juga akan disediakan di Terminal Penumpang Kuala Perlis mengikut had keupayaan terminal tersebut serta paras air yang selamat.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?