Laluan Baharu Pulau Pinang ke Jakarta Akan Dibuka Batik Air Oktober Ini

Laluan baharu telah dibuka dan dilamcarkan oleh Batik Air iaitu di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia bermula 1 Oktober ini, menurut laporan Astro Awani.

Perkhidmatan baharu berkenaan bakal menyediakan kemudahan lebih baik kepada pengembara perniagaan dan percutian dengan penerbangan harian dari Pulau Pinang ke Jakarta serta penerbangan pulang pada hari yang sama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy, beliau teruja dengan laluan baharu ini dan akan memainkan peranan penting untuk meningkatkan lagi hubungan di antara Malaysia dan Indonesia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dengan menawarkan pilihan perjalanan yang terbaik.

Selain perniagaan dan percutian, pelancongan perubatan juga turut ditekankan di Pulau Pinang sebagai destinasi utama untuk kemudahan penjagaan kesihatan yang berkualiti.

“Laluan baharu ini memudahkan pengunjung dari Indonesia mendapatkan rawatan perubatan, menawarkan perjalanan yang lancar dan mudah untuk menikmati penjagaan kesihatan yang baik. Menerusi penerbangan terus ke Pulau Pinang, pesakit akan dapat sampai ke destinasi lebih mudah tanpa melalui pelbagai sambungan penerbangan.

“Kami melihat potensi besar dalam laluan ini. Pada 2023 sahaja, Pulau Pinang menerima lebih 160,000 pelancong Indonesia. Jumlah pelawat yang ramai ini membuktikan Indonesia sebagai pasaran utama, dengan golongan profesional muda dan keluarga tertarik dengan gabungan unik warisan budaya, perayaan dan makanan di negeri berkenaan,” katanya.

Menurut data dari pejabat Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, ketibaan pelancong dari Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi di Pulau Pinang iaitu seramai 163,187 orang, diikuti Singapura (74,800 orang), Taiwan (15,602 orang) dan China (13,029 orang).

Pesawat Boeing 737 milik Batik Air dengan konfigurasi dua kelas akan digunakan untuk membawa pelanggan di laluan baharu ini. Jadual disusun dengan teliti bagi memenuhi keperluan pelancong perubatan serta pelawat perniagaan dan percutian, memastikan pengalaman perjalanan yang selesa dan cekap.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD