NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lubang Benam Sedalam Satu Meter di Laluan KLIA, Dipercayai Punca Akibat Paip Bocor

Lubang Benam Sedalam Satu Meter di Laluan KLIA, Dipercayai Punca Akibat Paip Bocor

Lubang benam sedalam satu meter telah dilaporkan hari ini berdekatan jalan masuk Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menurut laporan Kosmo!.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang memberi kenyataan bahawa lubang tersebut terjadi di kawasan berturap di antara pintu masuk dan keluar Kompleks Bunga Raya di KLIA Terminal 1.

Kedalaman lubang tersebut dianggarkan sedalam 1 meter. Walau bagaimanapun, semua jenis kenderaan dibenarkan untuk melalui laluan tersebut, tambahnya.

“Pemeriksaan mendapati terdapat satu ‘manhole’ kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam yang mana kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi punca kejadian,” katanya.

Kejadian tersebut telah dimaklumkan kepada pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dan laporan terperinci akan dikeluarkan setelah siasatan selesai dijalankan oleh pihak mereka.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy