Tiga Pelajar UiTM Dungun Maut, Dipercayai Dirempuh oleh Seorang Wanita Tidak Siuman

Empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun maut dirempuh oleh seorang pemandu wanita yang dipercayai tidak siuman lewat malam semalam di hadapan kampus berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan, laporan diterima oleh pihak polis sekitar jam 7.35 malam di hadapan kampus berkenaan di Kampung Sura Hujung, Dungun.

Tambahnya, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis SUV Honda CR-V dan dua buah motosikal Yamaha jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC.

Mangsa yang maut merupakan pelajar tahun 2 jurusan Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, pelajar tahun 2 jurusan Sarjana Muda Sains Perakaunan, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Khairil Anwar Jamaludin, 20.

“Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang leher, cedera di kepala dan dada serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut laporan Sinar Harian, Siasatan awal mendapati kesemua mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke kampus dari Kuala Dungun.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba SUV tersebut telah merempuh bahagian belakang dua motosikal yang berada di laluan sama.

“Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

“Seorang mangsa yang parah iaitu pelajar tahun 2 Sarjana Muda Sains Perakaunan, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan dari Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Suspek wanita berusia 49 tahun itu telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD