Seorang pemandu lori menahan kesakitan apabila kakinya tersepit selepas lori yang dipandunya merempuh sebuah lagi lori di Plaza Tol Semenyih, Lebuhraya Kajang-Seremban, hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan telefon kecemasan sekitar jam 9 pagi tadi mengenai kemalangan 2 buah lori seberat 20 tan.
“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih telah dikejarkan ke lokasi kejadian. Anggota yang tiba di lokasi mendapati kaki pemandu lori berkenaan iaitu seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an tersepit,” katanya.
Menurut laporan Sinar Harian, mangsa telah berjaya diselamatkan dan telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?