NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Ketika Melintas Jalan, Dilanggar Warga Emas

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Ketika Melintas Jalan, Dilanggar Warga Emas

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun maut selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika sedang melintas jalan di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, Kampung Belimbing, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah, siasatan mendapati mangsa telah dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang warga emas berusia 61 tahun menghala ke Pasir Mas dari Tanah Merah.

“Tiba di tempat kejadian, mangsa secara tiba-tiba menyeberang jalan dari arah kiri ke kanan.

“Oleh sebab jarak terlalu dekat, pemandu kereta tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa menyebabkan mangsa terjatuh di tepi jalan raya,” katanya.

Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut, menurut laporan Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Al Mahdi Sihabuddin itu dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan tersebut pada jam 9 malam.

“Polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insepktor Mohd Afiq Mohd Sulaiman di talian 013-3533653,” kata Mohd Haki.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy