Tol Percuma Sempena Perayaan Deepavali Bermula Tengah Malam Ini Sehingga Rabu

Sempena perayaan Deepavali pada tahun ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada kenderaan Kelas 1 (persendirian) sahaja pada 29 dan 30 Oktober 2024. Bermula jam 12.01 tengah malam pada 29 Oktober 2024 (Selasa) dan akan berakhir jam 11.59 malam pada 30 Oktober (Rabu) pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan.

Pemberian tol percuma ini sah di semua lebuhrayakecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Linkedua, Johor, menurut Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanti Linggi.

Alexander berkata, kos pemberian tol percuma dianggarkan berjumlah RM38 juta akan ditanggung kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol terbabit.

“Pemberian tol percuma ini adalah selaras teras utama kerajaan Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat, di samping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Beliau turut berharap pengguna lebuhraya dapat memanfaatkan pemberian tol percuma dengan merancang sebaiknya perjalanan anda untuk pulang ke kampung. Pastikan baki Touch’N’Go dan e-wallet mencukupi dan pandu secara hemah di lebuhraya. Jika anda penat, anda boleh berhenti dahulu di R&R dan sambung kembali perjalanan anda.

Anda juga disarankan untuk mengikut cadangan jadual waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuhraya termasuk untuk Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD