passionately driven

Continental Kini Boleh Dibeli Melalui TNG eWallet – Tawaran Hebat, Jualan Mega 11.11

Sebuah Program Mini di aplikasi TNG eWallet telah dilancarkan oleh Continental di mana para pembeli boleh membeli tayar secara atas talian sahaja dan tidak perlu lagi untuk ke kedai.

Sempena dengan Jualan Mega 11.11, pelanggan boleh menikmati pulangan tunai sehingga RM1 juta, dengan purata 15% pulangan tunai setiap transaksi bermula dari 7 November hingga 30 November.

Selain itu, pelanggan yang belanja minimum RM300 dalam satu transaksi bermula 7 November hingga 31 Januari 2025, secara automatik berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan satu penyertaan.

Antara hadiah utama yang akan diberikan adalah sebuah jongkong emas bernilai RM10,000, 3 unit iPhone 16 Pro, 2 unit PS5, 2 unit Huawei MatePad Edisi PaperMatte bersaiz 11.5 inci dan juga 2 baucar dari Trapo.

3 pemenang akan diumumkan setiap minggu di mana mereka boleh menerima pulangan tunai dan kad NFC x Touch ‘n Go Edisi Terhad untuk setiap pembelian tayar Continental mereka.

Para pelanggan yang berminat boleh melakukan pembelian di SINI.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD