NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jualan JPJePlate untuk EV Akan Mula Dibuka pada 9 Nov – Berharga RM98, 500 Pemasang Sah di Seluruh Negara

Jualan JPJePlate untuk EV Akan Mula Dibuka pada 9 Nov – Berharga RM98, 500 Pemasang Sah di Seluruh Negara

Handal Ceria, sebuah vendor tempatan yang telah dilantik untuk mengeluarkan plat khusus, telah mengumumkan bahawa jualan bagi JPJePlate khas untuk kenderaan elektrik (EV) akan mula dibuka pada 9 November, esok.

Untuk makluman, JPJePlate ini terdiri daripada plat aluminium hadapan yang dilengkapi dengan RFID dan belakang berserta plat lesen ketiga dalam bentuk pelekat keselamatan yang anda perlu lekatkan pada cermin hadapan.

Menurut laporan Paultan, pelekat cermin hadapan mempunyai fungsi yang sama dengan plat hadapan, mengandungi cip RAIN RFID dan kod QR, untuk menawarkan lapisan keselamatan pengenalan selanjutnya. Ia tidak boleh ditanggalkan, dan akan dimusnahkan sekiranya terdapat percubaan untuk mengeluarkannya.

Ia akan dijual pada harga RM98 dan pemilik EV boleh mendaftar minat secara terus menerusi laman web rasmi JPJePlate. Syarikat Handal Ceria akan menghantar e-mel dan pembeli boleh memasang plat tersebut di pemasang sah berdekatan dengan anda.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy