NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Malaysia Akan Mula Guna Petrol Euro 5 Bermula September 2025 – Tingkatkan Kualiti Udara

Malaysia Akan Mula Guna Petrol Euro 5 Bermula September 2025 – Tingkatkan Kualiti Udara

Sebagai langkah penyelesaian jangka panjang dalam menjaga kualiti udara negara, Malaysia akan mula menggunakan petrol Euro 5 bermula September 2025.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, pelaksanaan ini adalah selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Bahan Api Petrol dan Diesel) 2007.

“Justeru, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan bekerjasama rapat dengan industri untuk memastikan peralihan ini berjalan lancar,” ujarnya.

Penggunaan Euro 5 juga akan mendorong industri automotif Malaysia untuk meningkatkan teknologi kenderaan termasuk bagi kenderaan komersial dan industri berat, menurut laporan Sinar Harian.

Dengan menggunakan Euro 5 juga akan dapat menghasilkan pelepasan asap yang lebih bersih, sekali gus dapat memberikan kesan positif terhadap kualiti udara di negara ini.

“Sebelum ini, negara telah mengambil langkah proaktif menangani isu pencemaran udara dengan memperkenalkan bahan api diesel Euro 5 sejak April 2021 dan seterusnya telah mencapai spesifikasi penuh pada April 2023.

“Diesel Euro 5 ini memenuhi piawaian ketat, termasuk pengurangan kandungan sulfur dan bahan pencemar lain,” tambahnya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
  1. Diesel Euro 5, bukan petrol Euro 5.

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy