NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jualan Kenderaan Baharu pada Oktober 2024 Meningkat 20 Peratus – MAA

Jualan Kenderaan Baharu pada Oktober 2024 Meningkat 20 Peratus – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 69,859 kenderaan telah dijual pada bulan Oktober 2024, meningkat berbanding 58,032 unit pada bulan September.

Berbanding dengan Oktober 2023, jualan kenderaan pada Oktober 2024 menurun sebanyak 8% iaitu sebanyak 76,173 unit. Untuk sepuluh bulan pertama tahun 2024, jumlah jualan kenderaan mencapai 664,002 unit, 2% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 648,130 unit penghantaran.

Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 71,196 unit telah dihasilkan di kilang pemasangan pada Oktober 2024, 4% menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 74,191 unit. Manakala untuk YTD pula, merekodkan sebanyak 664,246 unit untuk tahun 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Berikutan dengan pelbagai promosi akhir tahun yang telah ditawarkan oleh pelbagai jenama dan tempoh hari bekerja yang lebih panjang bagi Oktober, telah menyumbang kepada peningkatan jualan pada Oktober, kata MAA. MAA mengharapkan November juga menunjukkan rekod jualan yang positif.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy