30 Ekor Gajah Main Tengah Jalan, Perjalanan Tergendala Selama 2 Jam

Tular sebuah video yang memaparkan 30 ekor gajah sedang bermain-main di tengah jalan dan tidur sehingga mengakibatkan perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Alor Setar, Kedah tergendala selama 2 jam.

Pemilik akaun Tiktok, Mohd Hisham Yazid, merupakan seorang pemandu lori dan sering berhadapan dengan insiden haiwan liar mengganggu lalu lintas. Walau bagaimanapun, kejadian yang berlaku di Tasik Banding, Perak, ini benar-benar mengejutkannya.

“Sebagai seorang pemandu lori yang sering menggunakan jalan ini sebagai laluan utama, ia bukan kejadian pelik atau menggerunkan.

“Ini kerana, saya boleh katakan setiap minggu pasti ‘terserempak’ dengan gajah yang mengganggu lalu lintas di Tasik Banding,” katanya.

Turut dilihat dalam video berdurasi 53 saat itu, seorang gajah bertindak menghampiri sebuah kenderaan yang berada di situ. Menurut laporan Sinar Harian, haiwan liar tersebut bertindak sedemikian kerana pemilik kenderaan tidak mematikan lampu.

Jelas Hisham, gajah mudah tertarik dengan cahaya dan mereka akan menghampiri dan bermain di sumber cahaya tersebut.

“Kalau terserempak dengan gajah ketika melalui mana-mana kawasan (waktu malam), perlu perlahankan dan mematikan lampu kenderaan.

“Bukan itu sahaja, jangan sesekali keluar kereta atau menonjolkan diri. Itu sahaja tips untuk mengurangkan risiko daripada diserang haiwan liar berkenaan,” ujarnya.

Selain itu, orang ramai diminta untuk berhati-hati sekiranya berhadapan dengan gajah dan anaknya kerana ia akan bertindak ganas jika berasa terancam.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD