NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lebih 500,000 Nahas Jalan Raya Direkodkan Setakat Oktober

Lebih 500,000 Nahas Jalan Raya Direkodkan Setakat Oktober

Menurut laporan Bernama, sejak Januari hingga Oktober lepas, sebanyak 532,125 nahas kemalangan jalan raya direkodkan di mana 5,364 merupakan kemalangan maut. Lebih membimbangkan apabila Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, mengongsikan 68 peratus dari jumlah kemalangan maut tersebut datang dari penunggang dan pembonceng motosikal.

Oleh yang demikian, keselamatan jalan raya perlu diperkukuh dan diperingatkan selalu pada semua pengguna jalan raya terutamanya dalam kalangan penunggang serta pembonceng motosikal, kata beliau.

“Justeru Klinik Penunggangan Selamat adalah satu pengisian Program Komuniti Keselamatan Jalan Raya bersempena sambutan Hari Peringatan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia 2024 (WDOR 2024).

“Ia dilihat dapat memberi manfaat kepada pengguna motosikal berkaitan pengetahuan tentang peraturan lalu lintas, meningkatkan kesedaran dan kemahiran keselamatan penunggangan motosikal dalam pelbagai situasi untuk bertindak dengan cepat dan tepat,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy