NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kenderaan Iring VIP Rempuh Proton Saga di Lebuhraya PLUS – PDRM Tunggu Laporan Puspakom

Kenderaan Iring VIP Rempuh Proton Saga di Lebuhraya PLUS – PDRM Tunggu Laporan Puspakom

Susulan dengan sebuah video Tiktok yang memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM sedang mengiringi VIP merempuh Proton Saga, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menunggu laporan dari Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) bagi melengkapkan kertas siasatan kemalangan.

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) pada Sabtu lalu dipercayai sedang mengiring orang kenamaan (VIP). Menurut laporan Harian Metro, kereta pengiring berkenaan disyaki memandu laju sewaktu hujan sebelum melanggar bahagian belakang Proton Saga berkenaan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan laporan sedang ditunggu daripada Puspakom.

“Semua mereka yang terbabit dalam kemalangan itu sudah dipanggil bagi merakam percakapan.

“Sebaik kertas siasatan dilengkapkan kita akan menghantar ke timbalan pendakwa raya (TPR) untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy