NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pelaburan Hyundai Motor di Kulim, Kedah – Sanusi Ucap Terima Kasih pada PM Anwar

Pelaburan Hyundai Motor di Kulim, Kedah – Sanusi Ucap Terima Kasih pada PM Anwar

Susulan dengan pengumuman rasmi bahawa Hyundai Motor Company (HMC) akan melabur sebanyak RM2.16 bilion di Kulim, Kedah beberapa hari lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di atas sokongan beliau untuk pelaburan ini.

“Saya ucap terima kasih kepada sokongan yang diberi oleh PMX (Perdana Menteri) kepada pelaburan Hyundai (Motor).

“Kita sokong Hyundai Motor masuk (melabur). Kita ucap terima kasih kepada kerajaan Persekutuan…mailah ke Kulim, mailah bila pun, mailah siapa pun (datanglah ke Kulim, datanglah bila pun, datanglah sesiapa pun) (pelabur),” katanya.

Ini membuktikan tiada plot dicipta untuk menggagalkan pelaburan swasta di Kedah sekaligus menafikan kenyataan Muhammad Sanusi sebelum ini yang menyatakan ada cubaan untuk mengagalkan pelaburan masuk ke negeri jelapang padi itu, lapor Bernama.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy