Nissan, jenama automotif dari Jepun, dilaporkan mungkin hanya boleh bertahan sekitar setahun sebelum ia sekali lagi jatuh muflis, lapor Financial Times.
Media sebelum ini pernah melaporkan bahawa Nissan telah membuang pekerjanya sehingga 9,000 di seluruh dunia untuk bertahan dalam krisis kewangan yang dialami sekarang.
Menurut seorang pegawai kanan yang rapat dengan Nissan, mereka hanya mempunyai masa sekitar 12 atau 14 bulan sahaja untuk bertahan. Menurut laporan Paultan juga, terdapat lagi satu sumber yang mengatakan Nissan memerlukan pemegang saham jangka masa panjang dan stabil seperti bank atau kumpulan insurans bagi menggantikan beberapa pegangan saham Renault, dan ia kini sedang memuktamadkan kerjasama pembangunan EV baharu bersama Honda.
Sekiranya Honda ingin membeli sebahagian pegangan saham, juga Nissan tidak menolak untuk menyelesaikan masalah kejatuhan jualan di China dan Amerika Syarikat. Tidak cuma itu, pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi juga sanggup menjual saham mereka dalam Nissan kepada Honda untuk menaikkan kembali pakatan berkenaan, menurut laporan Financial Times.
Mengulas lagi dalam laporan Financial Times, Honda dikatakan hanya akan membeli saham Nissan sebagai langkah terakhir dan bukan keutamaan Honda buat masa ini.
Sebanyak 9 billion yen (RM262 million) kerugian telah dilaporkan oleh Nissan secara global sehingga Nissan perlu membuat keputusan untuk membuang sebanyak 9,000 pekerja untuk menangani krisis terbabit.
“Ini merupakan sesuatu yang sukar. Dan akhirnya, kami perlukan Jepun dan Amerika Syarikat untuk menjana wang tunai, kata pegawai kanan yang menjadi sumber Financial Times itu lagi.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?