Kereta Mercedes Benz 450 Terbakar, Pemandu Didakwa Suspek Langgar Lari Motosikal

Kereta Mercedes Benz 450 Terbakar, Pemandu Didakwa Suspek Langgar Lari Motosikal

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz 450 yang musnah terbakar berhampiran dengan Plaza Tol Wangsa Maju, semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihak bomba menerima panggilan telefon kecemasan berhubung kejadian terbabit sekitar jam 1.30 petang.

Seramai 7 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju telah dikejarkan ke tempat kejadian dan sejurus selepas sampai, kereta terbabit dilihat telah musnah sepenuhnya akibat kebakaran tersebut, lapor Kosmo!.

“Kebakaran berlaku dibahagian enjin terbakar 100 peratus. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam insiden ini,” katanya.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.15 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan. Tidak berhenti di sini, kami juga difahamkan bahawa pemandu merupakan suspek langgar lari sebuah motosikal sebelum kebakaran ini berlaku.

Berdasarkan info yang kami terima di group Whatsapp NAZZ & COmmunity, abang ipar kepada mangsa langgar lari motosikal tersebut telah pun berkongsi maklumat pada pagi tadi. Berikut adalah kenyataan yang dikongsikan:


Assalam,

Tengahari tadi adik ipar saya dilanggar lari oleh kereta Mercs berplat nombor AMG 1936 di SPE Highway dan sekarang adik ipar saya di kecemasan HKL.

Kami dapat makluman yang kereta Merc AMG 1936 ni terbakar di Tol Wangsa Maju selepas hit and run adik ipar saya. served him right!

Kalau sesiapa ada info owner AMG 1936 mohon DM atau PM saya ya. Laporan polis juga telah dibuat. Saja nak kenal siapa owner yang pussy hit and run ni.


Beberapa keping gambar mangsa langgar lari tersebut juga turut dikongsikan di dalam group whatsapp tersebut. Mangsa masih lagi sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Rata-rata netizen terkejut mengetahui kisah di sebalik pemandu Mercedes Benz tersebut dan berasa marah.

Orang ramai yang mempunyai sebarang info boleh berkongsi maklumat kepada ahli keluarga mangsa langgar lari terbabit.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD