NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jualan Kenderaan Baharu pada November 2024 Menurun 3.3 Peratus – MAA

Jualan Kenderaan Baharu pada November 2024 Menurun 3.3 Peratus – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 67,532 kenderaan telah dijual pada bulan November 2024, menurun berbanding 69,859 unit pada bulan Oktober.

Berbanding dengan November 2023, jualan kenderaan pada November 2024 menurun sebanyak 8% iaitu sebanyak 73,262 unit. Setakat November 2024, jumlah jualan kenderaan telah mencapai 731,534 unit, 1% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 721,392 unit penghantaran.

Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 60,927 unit telah dihasilkan di kilang pemasangan pada November 2024, 10% menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 67,743 unit. Manakala untuk YTD pula, merekodkan sebanyak 725,173 unit untuk tahun 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

MAA mengaitkan penurunan terbabit dengan sikap sesetengah pengguna yang ingin menunggu untuk mendapatkan promosi akhir tahun yang berbaloi dan mampu milik. Dengan berbaki satu bulan lagi, MAA mengharapkan Disember dapat merekodkan jumlah jualan yang positif.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy