NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pemandu Mercedes Benz Langgar Lari Penunggang Motosikal Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Mercedes Benz Langgar Lari Penunggang Motosikal Mengaku Tidak Bersalah

Susulan dengan sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz GLE 450 terbakar tempoh hari berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju, pemandu kenderaan tersebut turut didakwa atas kesalahan melanggar lari seorang penunggang motosikal sebelum kenderaannya terbakar.

Hari ini, Sum Kah Fei, 34, telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas 2 kesalahan iaitu memandu secara melulu dan tidak memberhentikan kenderaan selepas kemalangan.

Untuk pertuduhan pertama, suspek didakwa kerana telah memandu secara melulu sehingga berlaku perlanggaran dengan sebuah motosikal. Penunggang motosikal, Muhammad Nur’faiz Saini @ Ausaini, 34, cedera parah akibat perlanggaran terbabit di Lebuhraya Setiawangsa Pantai Expressway (SPE).

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 5 tahun dan denda bermula RM5,000 sehingga RM15,000 serta hilang kelayakan untuk memegang atau mendapatkan lesen memandu selama 5 tahun jika disabit kesalahan.

Untuk pertuduhan kedua, suspek didakwa kerana gagal memberhentikan kenderaan setelah melanggar mangsa di lokasi dan masa yang sama, lapor Sinar Harian.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bersama Seksyen 119(1)(a) akta pengangkutan jalan 1987 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 6 bulan dan denda tidak melebihi RM2,000 jika disabit kesalahan.

Bagi sabitan kali kedua atau seterusnya, denda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 bagi kedua-dua kes dan Majistret, Haneefa Ariffin, telah menetapkan 24 Februari untuk sebutan semula kes.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD