NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tiada Syarat Baharu untuk Warga Emas Perbaharui Lesen – JPJ

Tiada Syarat Baharu untuk Warga Emas Perbaharui Lesen – JPJ

Tular di media sosial baru-baru ini tentang syarat baru yang akan dikenakan kepada warga emas untuk perbaharui lesen memandu. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam menafikan wujudnya syarat tambahan yang akan dikenakan.

Menurut laporan Sinar Harian, dakwaan seperti golongan emas yang ingin perbaharui lesen perlu menjalani penilaian kompetensi dan kesihatan adalah tidak benar sama sekali.

“Untuk makluman, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mahupun JPJ tidak meletakkan apa-apa syarat tambahan kepada golongan warga emas bagi memperbaharui lesen memandu.

“Proses pembaharuan lesen memandu bagi golongan warga emas adalah masih tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” menurut kenyataan itu.

JPJ mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu dan memeriksa dahulu setiap maklumat yang diterima atau dibaca.

“Jabatan ini sentiasa berusaha dan komited untuk memastikan kesejahteraan orang awam terutamanya para pelanggan JPJ sentiasa terpelihara,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy