Bermula 23 Disember ini sehingga 31 Januari 2025, proses pembaharuan pas My50 akan ditangguh untuk sementara waktu di semua kaunter khidmat pelanggan rel, sistem Bas Rapid Transit (BRT) dan hab bas Rapid KL, lapor Sinar Harian.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pengendali perkhidmatan Rapid KL semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa ianya ditangguh untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan sistem penjualan pas My50.
“Penangguhan sementara itu bagi meningkatkan keupayaan sistem untuk menampung jumlah pengguna pas My50 yang semakin bertambah, bagaimanapun pembelian pas My50 yang baharu masih boleh dilakukan seperti biasa di semua kaunter berkenaan.
“Bagi pengguna yang masih mempunyai baki hari dalam pas My50 sedia ada, mereka perlu menghabiskan baki hari itu terlebih dahulu sehingga pas tamat tempoh dan membuat pembelian pas baharu selepas itu,” menurut kenyataan berkenaan.
Prasarana turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua pengguna sepanjang tempoh itu dan berterima kasih atas kesabaran serta kefahaman yang diberikan.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL 03-7885 2585 atau merujuk kepada laman media sosial Rapid KL untuk maklumat terkini.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?