Sebuah video tular baru-baru ini yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Audi melanggar sebuah Vellfire gara-gara terlalu asyik melihat sebuah Lamborghini mewah yang lalu di laluan sebelahnya.
Tinjauan di ruangan komen mendapati Lamborghini tersebut adalah milik pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof. Susulan video tersebut, Syamsul Yusof, telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perlanggaran tersebut.
“Ini video sebenar, Audi tidak fokus bukan salah saya,” tulisnya menerusi hantaran dalam Instagram merujuk video tular itu.
Menurut laporan Sinar Harian, video berkenaan diulang siar di laman sosialnya daripada seorang individu yang merakamkan kenderaan dipandunya di laluan sama ketika kejadian.
Dalam rakaman itu, kereta Lamborghini yang dipandu Syamsul dilihat bergerak perlahan di lorong susur keluar sebelum berlakunya pelanggaran yang membabitkan dua kenderaan di lorong sebelahnya.
Pada masa sama, pelakon terbabit dilihat membuka tingkap dan melihat ke arah kamera dirakam individu tersebut sebelum meneruskan perjalanan.
Menerusi ruangan komen, rakan selebriti dan netizen berseloroh mendakwa jentera mewah pengarah menjadi punca kemalangan kerana terlampau menonjol. Ada juga yang mengusik bertanyakan identiti penumpang yang berada di sisinya.
“Lawo (lawa) sangat kereta tu,” tulis pelakon Fattah Amin.
“Bila kereta lawa tengok kereta lawa dan terlanggar kereta lawa,” seloroh seorang pengikutnya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?