NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Sesak Sepanjang 5 Kilometer, Sebuah Lori dan 3 Kenderaan Kemalangan Berhampiran Terowong Menora

Sesak Sepanjang 5 Kilometer, Sebuah Lori dan 3 Kenderaan Kemalangan Berhampiran Terowong Menora

Aliran trafik dari Ipoh ke Terowong Menora sesak lebih 5 kilometer akibat sebuah lori dan 3 buah kenderaan kemalangan semalam, lapor Sinar Harian.

Menurut Plus Malaysia Berhad (PLUS) di aplikasi X, kemalangan berlaku pada jam 5.52 petang di Kilometer 264.4 Lebuhraya Utara Selatan. Semua lorong arah Utara telah terhalang dan menyebabkan aliran trafik tidak bergerak.

Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda trafik di lokasi kejadian dan menggunakan laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan yang lebih teruk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata lori tangki terbabit berada dalam keadaan melintang jalan selepas terbabas.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemandu lori berusia 46 tahun juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semua lorong terpaksa ditutup buat masa ini bagi memberi laluan kerja-kerja pengalihan kenderaan dijalankan,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy