NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Google Maps Rungkai Kes Bunuh Setahun Lalu

Google Maps Rungkai Kes Bunuh Setahun Lalu

Siapa sangka misteri pembunuhan yang berlaku setahun lalu telah berjaya diselesaikan oleh penyiasat Sepanyol dengan bantuan aplikasi Google Maps, lapor Sinar Harian.

Pihak berkuasa di wilayah utara Castile dan Leon mula menerima aduan tentang kehilangan seorang lelaki dan memulakan siasatan kes tersebut pada November 2023.

Susulan dengan siasatan tersebut, seorang wanita dan seorang lelaki di wilayah Soria telah ditahan oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan. Wanita tersebut merupakan pasangan kepada mangsa yang hilang.

Merujuk kepada imej Google Street View, pihak berkuasa mendapati terdapat seorang individu sedang memasukkan sebuah objek yang dibalut dengan plastik putih ke dalam but kereta.

Berdasarkan petunjuk dari Google Maps tersebut, pihak berkuasa akhirnya telah menemukan mayat mangsa yang sudah mereput di sebuah tanah perkuburan pada awal November.

Difahamkan bahawa imej untuk street view di bandar Tajueco tersebut adalah pertama kali yang dirakam oleh kenderaan Google dalam tempoh 15 tahun.

Tidak berhenti di situ, terdapat juga sekeping gambar lagi yang menunjukkan bungkusan putih tersebut sedang diangkut oleh seorang individu ke dalam kereta sorong.

Menurut akhbar El Pais, mangsa berusia 33 tahun merupakan seorang warga Cuba. Selepas ahli keluarganya mendapat mesej yang mencurigakan daripada suspek menggunakan telefon bimbit mangsa, kematiannya terbongkar akhirnya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy