NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kenyataan Rasmi Puspakom Mengenai Isu Ketidaktelusan Kakitangan Puspakom

Kenyataan Rasmi Puspakom Mengenai Isu Ketidaktelusan Kakitangan Puspakom

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan Ops Mengejut di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) semalam dan mendapati terdapat penyelia dan kakitangan Puspakom yang meluluskan pemeriksaan sebuah kenderaan yang sebenarnya dianggap tidak selamat.

Rentetan dari isu terbabit, Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman, telah mengeluarkan kenyataan rasmi semalam untuk memberi maklum balas iaitu:


Pihak Puspakom tidak akan melindungi kakitangan yang terlibat dari sebarang tindakan disiplin dalaman sekiranya terbukti terlibat dalam salah laku.

Untuk memastikan integriti pemeriksaan Puspakom, syarikat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangan terbabit seperti yang diperuntukkan di bawah terma dan syarat kontrak pekerjaan, termasuk penggantungan atau pembuangan kerja.


Hal ini jelas menunjukkan ketidaktelusan dalam kalangan kakitangan syarikat tersebut dan telah mengejutkan ramai pihak dengam berita ini. Umum mengetahui bahawa Puspakom adalah penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor di Malaysia.

Jadi, sewajarnya Puspakom menjalankan tugas dengan jujur kerana risiko kemalangan dapat dikurangkan. Kenderaan berat seperti lori, bas dan treler terutamanya mempunyai komponen-komponen yang penting untuk diperiksa dengan sebetulnya.

Kerosakan pada komponen tersebut dibimbangi boleh menjurus kepada kemalangan serius terutamanya apabila membawa beban berat. Dengan menjalani pemeriksaan, risiko kemalangan dapat dikurangkan. Ia bukan sahaja membabitkan pemandu tetapi juga untuk keselamatan pengguna jalan raya lain.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy